Sunday, 21 July 2013
Kemuliaan Hati Seorang Anak.
Di sebuah kampung, tinggalah
sebuah keluarga yang teramatlah miskin.Keluarga itu terdiri daripada seorang
ibu yang telah hampir uzur bernama Mak Lamah serta dua anaknya yang bernama
Malik dan Adi. Malik merupakan anak sulung yang berumur 14 tahun. Mak Lamah
telah kehilangan suaminya sejak Malik dilahirkan. Suaminya itu meninggal dunia
kerana telah terjatuh dari sebuah bangunan yang tinggi ketika sedang
menjalankan tugas membuat bangunan. Mak Lamahlah yang menyara kehidupan mereka
sekeluarga walaupun beliau telah hampir uzur.
“
Mak, sedap sungguh sarapan pagi ini! ” kata Malik sambil memakan ubi kayu
bercecah semangkuk garam. “Malik, sebentar lagi sekolah akan bermula jadi kamu
mesti bergegas ke sekolah.” kata Mak Lamah.Kemudiannya,emak Malik menghulurnya
wang saku sebanyak empat puluh sen. Walaupun Malik malu dengan jumlah wang yang
diberikan ,namun Malik tetap mengeraskan hatinya untuk lebih memahami kesusahan
hidup mereka.
Pada
suatu pagi ketika Malik sampai ke pintu pagar sekolah, tiba-tiba sekumpulan
pelajar nakal menyergah ke arah Malik lalu mengugutnya agar menghulurkan
kesemua wang sakunya. Malik tetap tabah menghadapi segala dugaan tersebut
walaupun telah kerap kali dia diugut oleh mereka. “ Macam biasa, duit mana? ”
tanya salah seorang daripada ahli kumpulan pelajar nakal tersebut. “ sa..saya bawa
dua puluh sen sahaja hari ini” kata Malik. Walaupun jumlah wang tersebut hanya
sedikit namun mereka tetap berkeras hati untuk mengambilnya.
Ketika
waktu rehat, semua pelajar bergegas ke kantin untuk membeli makanan. Namun Malik
duduk berseorangan di sebuah pondok berdekatan dengan kantin tersebut. “ Hai..apalah
malang nasibku, telah kerap kali wangku dirampas” bisik hati Malik. Air mata
perlahan-lahan turun mencucuri pipinya. Pelajar-pelajar yang melintasi di
pondok itu semuanya mentertawakan Malik. Malik tetap menguatkan hatinya. Dengan
sedih bercampur hibah Malik berjalan perlahan-lahan ke arah sebatang paip.
Malik lalunya menghirup air paip tersebut perlahan-lahan sambil melinangkan air
matanya. .Malik telah beberapa kali menghirup air paip itu walaupun perutnya
sering sakit memulas-mulas kerana terminum air paip itu. Walaupun dalam
kepayahan itu namun Malik tetap menyembunyikan perkara tersebut daripada
pengetahuan guru-guru serta ibunya kerana takut akan dibuli oleh rakan-rakan
yang nakal itu.
Pada suatu ketika Malik pulang dari
sekolah ibu serta adiknya tidak berada di rumah. Malik memanggil ibu serta
adiknya sambil mencari mereka namun kelibat mereka tidak kelihatan. Malik mula
merasa bimbang. “ Ibu…ibu… ?” suara Malik kedengaran lebih kuat. Namun suaranya
tidak disahut oleh ibu ataupun adiknya. Malik mula merasa bingung. Setelah satu
menjelang senja ibu serta adik Malik masih belum pulang lagi. Hari semakin
gelap dan diselubungi oleh suasana suram dengan hujan yang sudah mula turun. “
Oh, Tuhan apalah malangnya nasibku ini, sudahlah ditinggalkan ayah, ibu dan
adik juga telah hilang, “ demikian keluhan hati Malik.
Sambil memikirkan ibu serta adiknya
Malik akhirnya telah tertidur di atas tangga rumah kerana keletihan. Tanpa disedari di dalam tidurnya air mata
Malik telah bergenang di pipinya. Setelah menjelang malam Malik telah tersedar
apabila tubuhnya telah digoncang oleh seseorang. Apabila membuka matanya
rupa-rupanya sekujur tubuh yang berada di sisinya ialah ibu serta adiknya.
Sambil meraung kesedihan Malik telah memeluk ibu serta adiknya. “Sampai hati
ibu meninggalkan Malik sendirian,” kata Malik sambil menangis tersedu-sedu. Ibu
Malik sangat terharu dengan kata-kata Malik. “Ibu minta maaf kepada Malik
kerana telah meninggalkan Malik sendirian tanpa pesan.” Kata ibu Malik. Ibu
Malik menjelaskan bahawa pada siang tadi ibu terpaksa membawa adik ke klinik
kerana sakit. Ibu terpaksa berjalan kaki sejauh
enam kilometer semata-mata untuk mendapatkan rawatan kepada adik yang
sakit. Tanpa wang belanja ibu terpaksa meredah kepayahan berjalan kaki sejauh
enam kilometer. Walaupun dalam keadaan payah namun ibu berusaha untuk
menyembunyikan perasaannya. “Malik, adikmu sakit dan perlukan makanan serta
susu.” Keluh ibu dengan perasaan sangat sedih. Sambil mengusap air mata di pipi
ibunya Malik memberitahu kepada ibunya bahawa di belakang rumah mereka ada sebuah
tin buruk yang disimpannya sekian lama telah dipenuhi dengan duit siling yang
telah diberikan sejak arwah ayahnya masih hidup. Duit tersebut adalah hasil
daripada simpanannya sejak sekian lama. “Ibu, sebenarnya selama ini Malik tidak
pernah menggunakan wang yang ibu serta ayah beri dulu tetapi sebaliknya duit
itu Malik telah simpan di belakang pokok pisang sebagai duit belanja apabila
ditimpa kesusahan.” Ibu Malik sangat terharu mendengar cerita Malik bahawa
selama ini rupanya Malik hanya menghirup air paip di sekolah semata-mata untuk
mahu mebantu kemiskinan keluarganya. Ibu Malik tidak henti-henti menitiskan air
matanya sambil memeluk Malik. “Oh, Tuhan hamba bersyukur ke hadratmu kerana
telah memberikan anak yang berhati mulia ini.”
Apabila mengenangkan semula
peristiwa itu tanpa Malik sedari air mata di pipinya akan jatuh menitis. Kini,
Malik bukan lagi seorang budak miskin tetapi telah menjadi seorang jutawan yang
sangat budiman. Sikap Malik yang dermawan telah menjadikan namanya menjadi sebutan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar